Tuesday, November 29, 2011

Latihan: Aku Sehelai Baju

Isi tempat kosong.


   Aku (1) _________________ baju. Aku (2)___________________ di sebuah kilang yang terletak di Johor Bahru. Badan aku berwarna ungu. Aku (3)___________________ daripada kain sutera yang berkualiti.
    Setelah dihasilkan, aku dan kawan-kawan telah (4)__________________ ke dalam kotak dan dihantarkan ke Pasar Raya Jusco. Aku (5)___________________di atas rak bersama-sama kawan-kawanku. Pada suatu hari, seorang wanita ternampak aku dan membeli aku dengan harga RM150.00. Wanita itu bernama Lily. Aku berasa gembira kerana aku telah mempunyai seorang tuan.
    Tuan aku selalu memakai aku ke pejabat pada waktu pagi dan jamuan pada waktu malam. Tuan aku selalu menggunakan aku dengan (6)________________. Tuan aku selalu selalu menggosok badanku dengan (7)___________________. Aku berasa gembira kerana dapat berbakti kepada tuan aku.
    Namun begitu, semakin hari warna badanku menjadi (8)________________ kerana sering dicuci oleh tuan aku, Aku telah disimpan di dalam almari dan digantikan oleh kawan lain. Akhirnya, aku telah dibuang ke dalam tong sampah.
   Aku berasa sedih kerana dibuang ke dalam tong sampah yang busuk itu. Walau bagaimanapun, aku tetap bangga kerana dapat berkhidmat kepada tuan aku. Begitulah (9)__________________ hidupku sehelai baju. (10)_____________________lah aku dalam tong sampah yang busuk.

_________________________________________________________________
riwayat         dimasukkan      berhati-hati           luntur          dipamerkan
diperbuat     sehelai              bersemadi           seterika      dilahirkan     


No comments:

Post a Comment